Tahniah pada aktres Bollywood, Preity Zinta dan pasangannya, Gene Goodenough atas berita gembira ini!
Preity Zinta dalam posting Instagramnya berkongsi mereka sudah menimang anak kembar selepas menggunakan khidmat ibu tumpang.
Pasangan ini juga telah menamakan anak kembar mereka dengan nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda. Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang untuk mengalu-alukan kehadiran anak kembar kami iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.”
Tambah aktres ini, dia dan Gene sangat teruja untuk menempuh kehidupan sebagai ibu bapa pada pasangan kembar ini. Pada masa yang sama, dia juga berterima kasih pada ibu tumpang, doktor dan jururawat yang terlibat dalam perkara ini.
“Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami. Terima kasih kepada doktor, jururawat dan ibu tumpang kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini.”
Untuk pengetahuan kamu, pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama 5 tahun sebelum berkahwin pada Februari 2016.
Apa-apa pun tahniah sekali lagi pada Preity Zinta dan suaminya. Sumpah tak sabar nak tengok kecomelan anak kembar aktres ini!