“Anxiety letaknya di dalam otak. Beri otak makanan yang sesuai. Otak akan tenteram. Aman damai.”
Itu kata-kata Dr Rizal Abu Bakar untuk menangani anxiety yang menyusutkan hidup ini. Anxiety atau kebimbangan adalah tindak balas semula jadi tubuh anda terhadap stress. Rasa takut atau kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku.
Perut memulas tanpa sebab. Dada berdebar kencang. Itu antara tanda penyakit ini.
Jadi penting untuk mengambil makanan yang sesuai agar otak dapat melakukan kerja dengan baik, dan boleh membantu.
Makanan tinggi L-Tryptophan seperti ayam, pisang dan ayam belanda
L-Tryptophan, salah satu daripada asid amino penting, membantu badan anda menghasilkan serotonin, bahan kimia yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kitaran tidur yang betul.
Ikan seperti sardin, salmon, kembung
- Foto – The Conversation
Ikan ini mengandungi omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah asid lemak yang mempunyai hubungan kuat dengan fungsi kognitif serta kesihatan mental.
Nasi dari beras perang
Beras perang mengandungi beberapa mineral seperti manganese, yang diperlukan untuk pengeluaran asid lemak penting, terutamanya glutamin dan gliserin. Oleh itu beras perang meningkatkan integriti sistem saraf dan mengurangkan serangan panik dan gangguan kecemasan.
Kekacang seperti pea, dhal, walnut, badam dan gajus
- Foto – Blogger Namakucella
Kacang merupakan sumber vitamin E yang baik. Vitamin E adalah antioksidan. Antioksidan boleh memberi manfaat untuk merawat anxiety, manakala beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa tahap vitamin E yang rendah boleh menyebabkan kemurungan pada sesetengah orang.
Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan daun salad
Sayuran berdaun hijau boleh membantu mereka yang mengalami anxiety berasa lebih tenang. Ini kerana magnesium memainkan peranan dalam membantu anda berasa lebih tenang. Pastikan anda mendapat cukup mineral itu untuk membantu mengawal keadaan.
Oat
- Foto – Lifestyle Kompas
Di sini oat jenis rolled atau regular, bukannya yang segera atau 3 dalam 1. Oat juga memberi anda rangsangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin yang boleh meningkatkan mood anda.
Ubi keledek
Ubi keledek kaya dengan serat dan karbohidrat kompleks, yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah stabil untuk mengimbangi mood.
Makanan ini banyak membantu. Ingat yang perlu dielak sila elak. Yang perlu diambil, banyakkan.