Siapa yang tidak kenal akan penyanyi Yuni Shara? Di Malaysia, dia cukup popular dengan lagu ‘Sepi’, setiap kali dengar memang boleh merintih kesedihan dengan bait-bait lirik.
Kini, kakak kepada Kris Dayanti itu sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Melihat pada fizikalnya, ramai orang tidak percaya dia seorang ibu dan usianya bakal memasuki angka 50 (sekarang 49).
Semuanya selepas dia menghadirkan diri ke ulang tahun Youtuber popular Atta Halilintar baru-baru ini. Datang dengan gaun panjang mengikut bentuk badan, pinggang ramping Yuni Shara mendapat pujian ramai.
Dipetik dari Kapan Lagi, netizen berpendapat dia artis Indonesia yang miliki badan paling cantik.
Di usia yang tidak muda lagi, pesona ibu dua anak ini bagaikan tidak lekang oleh waktu. Kecantikan, bentuk badan dan aura positif sentiasa menjadi pakej lengkap Yuni Shara.
Netizen tertanya-tanya bagaimana cara Yuni Shara menjaga bentuk badannya yang cantik terletak itu, di usia yang tak lagi muda.