Bukan sahaja halal malah hubungan seksual antara suami dan isteri dikategorikan sebagai ibadah dalam agama Islam.
Pasangan suami dan isteri perlu tahu apakah adab-adab dan perkara yang dilarang ketika berhubungan seks.
Mari Wanista kupaskan enam situasi hubungan seksual yang dilarang dalam agama Islam. Baca di bawah;
#1 Berhubungan seks melalui dubur
Agama Islam sangat melarang suami dan isterinya untuk melakukan hubungan seks melalui dubur.
“Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri di duburnya.” -Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dari Abu Hurairah.
Ini kerana dubur merupakan tempat untuk seseorang membuang air besar, iaitu najis. Bila melakukan hubungan seks di dubur, kamu dan pasangan boleh berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya.
#2 Melakukan hubungan seks ketika puasa
Dalam banyak-banyak waktu, suami isteri dilarang keras untuk melakukan hubungan seks ketika sedang berpuasa dan bulan Ramadhan.
Selain membatalkan puasa, pasangan suami isteri juga akan didenda dan wajib untuk membayar denda kafarah. Pada masa yang sama, pasangan suami isteri juga perlu mengganti puasa selama 2 bulan berturut-turut atau memberi 60 fakir miskin makan.
Ketika berpuasa, setiap individu perlu menahan rasa lapar dan dahaga, termasuklah nafsu mereka. Jadi sebab itulah hubungan seksual ketika berpuasa dilarang kerana boleh membatalkan ibadah puasa mereka.
#3 Tidak berdoa sebelum berhubungan seks
Info untuk kamu, agama Islam sangat mengesyorkan pasangan suami isteri untuk berdoa sebelum melakukan hubungan seks. Tujuannya adalah untuk meminta keberkatan dan menghalang gangguan syaitan dan jin ketika melakukan ibadah tersebut.
Rasullulah S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang mereka akan bersetubuh dengan isterinya, hendaklah dia membaca: “Bismillah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan pada kami.”. Sebab jika ditakdirkan hubungan antara mereka berdua tersebut membuahkan anak, maka setan tidak akan membahayakan anak itu selamanya.”
-Sahih Muslim, No.2591
#4 Tidak melakukan foreplay terlebih dahulu
Nak bersama dengan pasangan tak boleh terburu-buru. Lebih baik mulakannya dengan melakukan foreplay (mubasyarah) terlebih dahulu.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Siapa pun di antara kamu, janganlah menyamai isterinya seperti seekor binatang yang sedang bersetubuh. Tetapi hendaklah dia didahului dengan perantaraan.” Ada yang bertanya apa itu perantara, Baginda bersabda itulah ciuaman dan kata-kata romantis.
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
#5 Berhubungan seks dalam keadaan yang kotor
Sebelum berhubungan seksual, penting untuk kamu dan pasangan untuk bersihkan diri terlebih dahulu. Elakkan untuk berhubungan seksual dalam keadaan yang kotor.
Rasullulah S.A.W. pada suatu hari pernah bersama dengan isteri-isterinya, baginda akan mandi setiap kali selesai bersama. Aku bertanya: “Ya Rasullulah, bukankah lebih baik engkau cukup mandi sekali saja?” Baginda menjawab, “Seperti ini lebih suci dan lebih baik serta lebih bersih.”
-Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
#6 Lakukan hubungan seksual ketika datang haid
وَ يَسۡـــَٔلُوۡنَكَ عَنِ الۡمَحِيۡضِۙ قُلۡ هُوَ اَذًى فَاعۡتَزِلُوۡا النِّسَآءَ فِى الۡمَحِيۡضِۙ وَلَا تَقۡرَبُوۡهُنَّ حَتّٰى يَطۡهُرۡنَۚ فَاِذَا تَطَهَّرۡنَ فَاۡتُوۡهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ اَمَرَكُمُ اللّٰهُؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيۡنَ وَيُحِبُّ الۡمُتَطَهِّرِيۡنَ
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.”
-Surah Al-Baqarah, ayat 222.
Hukum melakukan hubungan seksual ketika datang haid adalah haram. Untuk pengetahuan kamu jika tetap lakukan hubungan seksual ketika haid, kamu danpasangan boleh terdedah pada pelbagai risiko penyakit.
Antaranya adalah jangkitan pada rahim wanita, saluran kencing, ginjal dan jangkitan pada organ reproduksi lelaki.
Ingat ikutlah adab-adab ketika berhubungan seks, jangan pula sampai membahayakan pasangan okay?