Masalah rambut gugur merupakan perkara lazim dihadapi lelaki dan perempuan. Pelbagai petua dan syampu telah dicuba tapi masih gagal. Ada netizen berkongsi thread di Facebook, mengatakan dia meletakkan beberapa biji bunga cengkih dalam syampu, dan rambutnya kini sihat.
Apa jadi bila letak biji bunga cengkih dalam syampu? Bunga cengkih mempunyai banyak kegunaan selain dari digunakan untuk memasak. Antaranya boleh menghilangkan masalah kelelumur, rambut berminyak dan keguguran. Jadi, kepada anda yang mempunyai masalah rambut, boleh cuba petua ini.
- Foto – Najwa Qadah/FB Sengal Media
Petua Letak Bunga Cengkih Dalam Syampu
Caranya dengan memasukkan bunga cengkih dalam 10-20 biji ke dalam botol syampu. Goncangkan seketika untuk sebati dan syampu rambut seperti biasa. Boleh gunakan pada mana-mana syampu, tiada masalah.
Saya tak mengalami kegatalan lagi ketika memakai tudung panas-panas macam sekarang ni. Rambut kering tak ada berminyak, rasa kembang fresh gitu. Alhamdulillah, rambut tak gugur berkilo.
- Foto – FB Nancy Kiting
- Foto – FB Nancy Kiting
Dikatakan petua ini berasal dari Arab untuk lebatkan rambut. Rambut kering tak ada berminyak, rasa kembang fresh dan kurang kegatalan. Rambut gugur pun kurang.