Nak bibir mungil macam kebanyakan selebriti Hollywood sebenarnya tak perlu pun lakukan pembedahan kosmetik. Team Wanista ada rahsianya…
Kamu pernah nampak trend “Lip Lift By Mario“di TikTok? Bagi yang tak tahu, trend ini diciptakan oleh jurusolek Kim Kardshian iaitu Mario Dedivanovic.
Mudah sahaja nak lakukan trend ini, yang penting kamu tahu teknik lip lining yang betul mengikut langkahnya yang terperinci.
Sekelip Mata Bibir Mungil Macam Kim Kardashian
Tak dinafikan bila orang kata lip lining, mesti ada yang buat garisan bibir ikut kata hatinya.
Tetapi lain pula bila beauty influencer di TikTok, Amelia Oliva mendedahkan beberapa tips dan trik untuk dapatkan bibir mungil segera menerusi trend “Lip Lift By Mario“.
@amelia0livia Omg wow lip filler without the pain!! Ib: @carsynnlovee #mariomakeup #makeuphacks #biggerlipsnaturally #lipstickhack
Pertama sekali kamu memerlukan lip liner dan berus bibir. Kemudian, ikut langkah berikut:
Langkah 1: Beri fokus pada Cupid’s Bow kerana ia adalah titik yang penting. Gariskan sedikit di luar garisan bibir atas dari luar ke dalam. Pastikan jarak antara hidung dan bibir menjadi sedikit.
Langkah 2: Nak nampak bibir seperti diangkat, gariskan bahagian tengah pada bibir bawah. Kemudian garis seluruh bibir bawah bermula dari luar sehingga ke dalam.
Langkah 3: Ambil berus bibir dan blend garisan di garis tepi bibir. Tujuannya adalah untuk nampakkan bibir mungil secara semula jadi.
Tips tambahan: Kamu juga boleh dab foundation atau concealer pada berus dan sapu di bahagian tepi bibir untuk naturalkan garisan tersebut.
Psst… Nak bibir mungil nampak lebih menonjol dan semula jadi, gunakan lipstick atau lipgloss yang bertekstur ringan okay? Selamat mencuba!