“Subhanallah cantik sekali.”
Buat pertama kali, Somalia menghantar wakil ke pertandingan Miss World 2021. Uniknya, Khadija Omar menjadi peserta pertama yang berhijab dalam acara tersebut.
Khadija Omar telah dinamakan sebagai Miss World Somalia 2021 dan ‘peserta hijabi pertama yang mewakili Somalia di Miss World ke-70.’ Wanita itu bersedia untuk bertanding di pertandingan Miss World yang akan datang pada bulan Disember di Puerto Rico.
- Foto – IG @khadija.omarr
“Saya tidak percaya saya adalah Miss World Somalia yang pertama. Sesiapa yang mengenali saya, tahu berapa lama saya berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia.
“Saya harap ini memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda berhijab dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh bermimpi setinggi yang mereka cita-citakan,” katanya.
- Foto – IG @khadija.omarr
Pelajar Jurusan Psikologi
Wanita cantik ini merupakan seorang jurusolek profesional berusia 20 tahun dan pelajar jurusan psikologi di York University Canada. Dia dibesarrkan di kem pelarian di Nairobi, Kenya sebelum berpindah ke Kanada. Khadija menjadi model hijabi Halima Aden sebagai inspirasinya.
- Foto – IG @khadija.omarr
Miss World 2021 akan berlangsung pada 16 Disember di Puerto Rico.