Setiap orang ada cara masing-masing bila tidur. Ada yang perlukan bantal untuk dipeluk, tidur terlentang, tidur dalam posisi bayi, dan ada yang tidur dengan meletakkan bantal di celah kaki.
Nak tahu meletakkan bantal di celah kaki ada bagusnya yang ramai orang tak tahu. Ini Wanista kupaskan…
Bantu baiki postur kamu
- Foto – Healthline
Dipetik dari Brightside, penyelidikan telah menunjukkan bahawa jika kita berbaring secara tidak simetri, ini boleh menyebabkan kerosakan pada struktur tulang belakang. Atas sebab ini, adalah dinasihatkan untuk tidur dengan bantal di antara lutut apabila kita tidur dalam kedudukan janin.
Menghalang sciatica dan sakit belakang badan bawah
- Foto – Westside Pain
Sesetengah orang hidup dengan sakit belakang kronik. Tetapi meletakkan bantal di atara kaki boleh membantu menyelaraskan pelvis dan pinggul, mengurangkan mampatan, dan ketidakselesaan yang berterusan di kawasan ini.
Menjadikan tidur ibu hamil lebih selesa
- Foto – iStock
Pakar mengesyorkan tidur mengiring semasa tempoh kehamilan, yang mana penggunaan bantal sangat membantu. Hal ini untuk mengagihkan berat badan dan mengurangkan ketegangan belakang, mengekalkan tulang belakang dalam kedudukan neutral.
Dah jelaskan, tapi peletakan bantal juga kena betul.
- Berbaring dalam kedudukan janin pada maktu tidur.
- Elakkan jurang antara pinggang dan tilam semasa berbaring.
- Letakkan bantal di bahagian atas paha anda untuk memastikan pinggul anda sejajar.
- Jika anda lebih suka tidur dengan lutut atas ke hadapan, pertimbangkan untuk menggunakan 2 bantal.
Ingat bahawa sekiranya berlaku sebarang ketidakselesaan, pilihan terbaik adalah sentiasa berunding dengan pakar perubatan anda, lagi-lagi untuk ibu hamil.