Miliki wajah yang bersih, cantik dan tiada sebarang jerawat atau parut adalah idaman setiap wanita di dunia. Tetapi lain pula dengan wanita ini apabila dia berkongsi mengenai keadaan kulit wajahnya di TikTok.
Wajahnya yang perfect dengan bersih, cantik dan glowing itu telah menimbulkan kerisauan orang ramai.
Bukan Main Putih Berkilat Wajah, Sebab Minyak Ke Produk?
Dikenali sebagai @_meykaaa0, penjual produl kecantikan Brilliant Skincare ini mendedahkan dia menggunakan produk tersebut untuk menjaga kecantikannya.
@_meykaaa0 Tq sbb hina sya 🥰
Dalam hanya masa 2 minggu kulitnya yang kusam dan warna sedikit gelap berubah menjadi putih dan glowing. Walaupun ramai yang kagum, ada juga yang risau akan kesan jangka panjang pada wanita itu.
https://www.tiktok.com/@_meykaaa0/video/6898663542958918913?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6893908700412200449
Menindak dakwaan bahawa kulit glowing sebab berminyak, wanita ini menyentuh wajahnya dengan jari dan menunjukkan tiada sebarang minyak yang melekat.
Bila Kulit Terlampau Glowing, Ini Maksudnya…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau mereka melihat keadaan kulit wanita ini. Ada yang mengatakan kulit glowing ini bukan bererti ianya sihat tetapi sebenarnya kulit sudah rosak.
“Itu bukan glowing tapi itulah yang berlaku bila skin barrier rosak secara maksimum. Macam plastik. Memang mengagumkan bila ada yang sanggup merosakkan wajah dengan produk yang bahaya.”
Pada masa yang sama, ada individu mendedahkan kulit glowing ini merupakan petanda kulit mengelupas dengan kerap dan teruk.
“Ini bukan kulit glowing tapi ini adalah kulit yang dipanggil sebagai kulit lilin atau plastik. Sebenarnya ia adalah petanda kulit menjadi terlalu mengelupas. Maksudnya lapisan atas kulit yang memberi perlindungan sudah tiada. Sebab itu kulit boleh nampak licin berkilat.”
Walaupun nampak cantik tetapi kalau sudah bahayakan kulit begini, adakah kamu juga akan pakai? Lebih baik dapatkan rawatan daripada dermatologi berdaftar dan guna produk kecantikan yang diiktiraf. Barulah selamat!