Jeng jeng jeng…
Pernah tak kamu dengar ada lima tempat di dunia ini, kaum Hawa tidak boleh pergi. Hanya lelaki sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan ini.
Nak tahu apa tempatnya, jom scroll sampai habis!
Gunung Omine (Jepun)
Untuk pengetahuan kamu Gunung Omine merupakan tempat suci bagi penganut Shugendo iaitu agama purba yang diamalkan oleh puak minoriti di Jepun.
Selepas lebih daripada 1300 tahun sejak abad ke-7, hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk mendaki gunung ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang mendorong kepada seks.
Kuil Sabarimala (India)
Terletak di Kerala, India, Kuil Shabarimala ini dijadikan sebagai tempat larangan untuk wanita yang sedang hamil.
Pada tahun 2018, Mahkamah India telah membatalkan larangan tersebut dan membenarkan setiap jantina penganut Hindu untuk memasuki kuil tersebut.
Kemudian pada hujung tahun 2019, kerajaan Kerala mengumumkan wanita tidak lagi dibenarkan untuk memasuki Kuil Shabarimala.
Pulau Okinoshima (Jepun)
Seterusnya adalah Pulau Okinoshima yang disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO di mana wanita tidak boleh mengunjunginya.
Yang menariknya hanya 200 pengunjung sahaja dibenarkan masuk pada 27 Mei pada setiap tahun. Ini kerana kemasukan pada tarikh ini adalah untuk memperingati peperangan yang berlaku di kawasan yang berdekatan dengan pulau tersebut.
Ketika kemasukan ke pulau ini, pelancong lelaki wajib ikuti upacara di mana berendam tanpa memakai sebarang pakaian sebelum berjalan ke kawasan lain.
Pergunungan Athos (Greece)
Wujud lebih daripada 1000 tahun, kawasan pergunungan ini hanya dibuka pada sami untuk menjalankan latihan mereka.
Fakta untuk kamu, amalan ini diteruskan untuk memperingati kemuculan Perawan Mary yang menukar kawasan tersebut menjadi doktrin Ortodoks Kristian. Dan hanya Mary satu-satunya wanita yang menjejakkan kaki di situ.
Gunung ini dipanggil sebagai “Agion Oros” iaitu gunung suci yang dilarang untuk wanita mendekatinya. Malah wanita juga hanya dibenarkan untuk berada pada jarak 500 meter dari gunung tersebut.
Lorong Herbertstrasse (Jerman)
Mempunyai sejarahnya tersendiri, Lorong Herbertstrasse di Jerman ini melarang wanita memasuki lorong ini kerana adanya aktiviti pelacuran.
Pada masa yang sama lorong ini juga pernah dijadikan tempat persembunyian tentera Nazi di mana mereka memilih untuk mendirikan pagar di sekitar lorong itu.
Walaupun sudah diruntuhkan beberapa kali oleh aktivis Jerman, pagar-pagar tersebut masih didirikan lagi dan wanita tetap dilarang untuk memasukinya.
Terkejut kan? Bagi kaum Hawa jangan pula kamu ke tempat-tempat di atas okay!