Kalau masuk Guardian dan Watsons, produk bernama Wardah antara yang mencuri tumpuan. Ramai juga para wanita berkata produk kelahiran negara Indonesia bagus dan berkesan untuk kulit wanita Malaysia. Sama ada penjagaan kulit wajah atau solekan, kedua-duanya memberi respon positif.
Mengikut pemerhatian Wanista, 5 terbaik ini jadi pilihan ramai dan sentiasa sold out.
Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation
- Foto – Shopee
Powder Foundation ini memberikan kesan fokus lembut pada kulit (kulit licin, pori-pori kurang kelihatan). Pigmen direka khas untuk mengadun sempurna dengan tona kulit semula jadi, memberikan kesan kawalan minyak yang tahan lama sehingga 12 jam.
Wardah UV Shield Sunscreen Gel SPF30 40ml
- Foto – Shopee
Sunscreen dengan Broad Spectrum Protection, 30x lebih optimal menjaga kulit dari sinar UV A / UV B serta pancaran blue light. Sangat ringan dan tidak melekit, kombinasi Vitamin E dan Pro Vitamin B5 membantu memberi nutrisi pada kulit.
Wardah Lightening Face Toner
- Foto – Carousell
Toner dengan formula keseimbangan pH yang menyegarkan sambil mengekalkan keseimbangan pH kulit semula jadi kulit. Digabungkan dengan Advanced Niacinamide yang membantu kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.
Wardah Exclusive Matte Lip Mousse
- Foto – Female Daily Editorial
Mempunyai kemasan matte tetapi tidak terasa melekit dan kering atau membuatkan bibir kelihatan merekah. Ia dilengkapi dengan inovasi tekstur baharu iaitu serbuk baldu yang terasa lembut, ringan dan lembap pada bibir.
Wardah C-Defense Face Mist
- Foto – Shopee
Face Mist ini didakwa berkesan untuk menjadikan kulit terasa lebih segar. Kandungan Vitamin C dan Natural Moisturizing Factor di dalamnya membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.
Sebenarnya banyak lagi koleksi Wardah yang laku keras, tapi di atas antara yang terbaik jadi pilihan wanita Malaysia.
Nak beli harga murah, klik link ini.