Kalau dalam agama Islam, seorang lelaki yang amalkan poligami hanya boleh berkahwin dengan maksimum empat wanita. Itu pun perkahwinan dengan keempat-empat wanita itu berlaku pada waktu yang berbeza.
Tetapi lain pula dengan lelaki ini yang berasal dari Indonesia apabila dia melangsungkan perkahwinan dengan lapan wanita. Yang paling mengejutkan, majlis perkahwinan tersebut diadakan secara serentak.
Dipetik dari Jateng Suara, walaupun tidak didedahkan lokasi sebenar lelaki tersebut dikatakan seorang individu yang kaya raya. Jadi tak hairanlah kenapa dia mampu untuk berkahwin dengan lapan wanita sekaligus.
Manakala menerusi video pendek yang tular di Instagram, lelaki tersebut dan kelapan-lapan isterinya kelihatan sangat gembira pada hari perkahwinan mereka.
Bila menjengah ke ruangan komen, lain pula jadinya. Kebanyakan pengguna Instagram berseloroh dengan mengatakan lelaki ini telah berkahwin dengan ramai wanita tanpa meninggalkan seorang pun untuk golongan bujang.
“Kesian pada orang bujang, jodohnya sudah diambil orang.”
Malah ada juga yang mengatakan lelaki ini telah mempunyai 16 mentua disebabkan berkahwin dengan lapan orang wanita.
“Isterinya lapan jadi mentuanya ada 16”, komen netizen lain.
Malah ada juga yang menyatakan kelapan-lapan wanita tersebut bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu kerana kekayaannya.
“Nampaknya wanita ini hanya mahukan duitnya dan bukannya apa-apa.”
Memang terkejutlah bila tahu ada yang kahwin dengan lapan wanita sekaligus. Memang kesianlah golongan bujang kalau macam ini…