#BoycottMissUniverse! Sejak diumumkan pertandingan Miss Universe 2021 akan diadakan di Israel, banyak negara menyuarakan kritikan mereka.
Dipetik dari Utusan, netizen menyelar tindakan penganjur kerana acara itu digunakan untuk mengalihkan perhatian terhadap pelbagai isu kemanusiaan yang melanda rakyat Palestin.
Israel mengeksploitasi acara itu bagi menunjukkan negara haram itu kononnya memperjuangkan budaya, agama dan latar belakang sosial sekali gus menutup isu diskriminasi terhadap rakyat Palestin dengan mencipta 65 undang-undang berbaur perkauman.
Sehubungan dengan itu, beberapa negara di bawah telah mengambil pendekatan untuk tidak menghantar penyertaan Miss Universe pada kali ini.
Malaysia
- Foto – News24
Sejurus pengumuman Miss Universe 2021 diadakan di Israel, Malaysia menolak jemputan untuk pertandingan itu. Malah, dengan situasi Covid-19 semakin teruk, sekali gus mengehadkan perjalanan antarabangsa dan domestik.
Greece
- Foto – Palestine Chronicle
Miss Greece Rafaela Plastira menerusi Instagram menyatakan dia tidak akan memasuki acara Miss Universe tahun ini sebagai bentuk solidariti kepada Palestin.
Afrika Selatan
- Foto – BDS Movement
Kerajaan Afrika Selatan tidak menyokong penyertaan Afrika Selatan kerana Israel telah melakukan jenayah hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.
Indonesia
- Foto – Wolipop Detik
Indonesia tidak menghantar wakilnya dalam pertandingan Miss Universe yang akan diadakan di Israel pada 12 Disember ini. Sebabnya adalah masa persediaan yang singkat dan sekatan aktiviti semasa pandemik Covid-19.