Siapa yang suka hantar mesej dengan emoji? Emoji ketawa, marah, geram, terkejut? Kita geng! Emoji serius sangat fun!
Emoji pun best kalau kamu gunakan untuk mengorat crush kamu. Mengorat melalui teks ada bagusnya, salah satu ialah kamu boleh menjadi berani berbanding jika kamu bercakap secara bersemuka.
Jadi, kalau kamu rasa nak mulakan langkah pertama mengorat, send saja ’emoji’, tengok apa yang dia respon. Jadi, mari kita terjun ke dunia emoji mengorat, shall we…
Iconic Wink
- Foto – Emojipedia
Kamu tak boleh lupa emoji ikonik ‘kenyit mata’. Kamu nak cuba nasib tengok respon si dia, kamu send emoji ini.
The Eye
- Foto – Emojipedia
Emoji dua mata terbeliak menunjukkan kamu sangat berani dan memang tertumpu padanya. Kamu memang menantikan si dia.
Purple Smiley Face
- Foto – Emojipedia
Sangat menunjukkan kamu nak mengorat si dia, dan ada sikit elemen sensual tersembunyi. Boleh dikatakan kamu mempunyai mood nakal.
Emoji ‘I’m begging for you’
- Foto – Emojipedia
Emoji merayu yang sangat innocent penuh pengharapan. Pasti si dia akan respon kamu semula bila kamu send emoji ini.
The Smirk
- Foto – Emojipedia
Emoji muka mencebik. Orang menggunakan emoji ini apabila terdapat perasaan persaingan yang mesra atau apabila berani melakukan sesuatu.
Wink & Tongue Combo
- Foto – Emojipedia
Mengenyit mata ialah cara untuk memberitahu seseorang bahawa kamu sedang mengorat. Tambah lagi dengan lidah boleh membawa lebih banyak maksud yang menyeronokkan dan seksual serta nakal kepada mesej.
Hugging Smiley Face
- Foto – Emojipedia
Emoji muka memeluk menggambarkan senyuman ikhlas yang menawarkan pelukan. Ia digunakan untuk menunjukkan keseronokan, menyatakan kasih sayang dan kesyukuran, menawarkan keselesaan.
Peach Booty
- Foto – Emojipedia
Ramai betul orang sukakan emoji ini. Emoji ini menonjolkan punggung di media sosial dan dalam mesej teks, terutamanya wanita dalam konteks seksual.
Beritahu perasaan kamu melalui emoji, tapi kalau si dia tak beri respon. Wanista minta maaf okay!