Bila dah minat sesuatu, memang tak dapat lari daripada nak berhabis untuk benda yang kita suka.
Seperti wanita ini yang merupakan peminat jenama mewah kelahiran Perancis, Chanel yang belanja besar untuk kalendar semata.
Wanita yang dikenali sebagai Elise Harmon kecewa selepas unboxing kalendar bernilai £610 daripada jenama mewah itu. Pengguna TikTok @eliseharmon berkongsi satu siri video unboxing apa yang terdapat dalam kalender mewah itu.
@eliseharmon Worth the hype? Probably not but it is pretty
♬ It’s Beginning to Look a Lot like Christmas – Michael Bublé
Dalam video pertama, Elise berkata: “Adakah saya gila? Tetapi saya tidak pernah melihat kalendar Chanel, jadi mari kita lihat sama ada ia berbaloi seperti yang digembar-gemburkan.”
Awalnya ia bermula cukup baik dengan Elise memberikan rate ‘sepuluh daripada sepuluh’ untuk pembungkusan, tetapi apabila dia mula membuka kotak itu, sebaliknya yang berlaku.
Elise memulakan dengan membuka kotak nombor sembilan, yang dia fikir ‘nampak sangat menjanjikan’, tetapi dia kecewa apabila mendapati ia tidak mengandungi apa-apa selain beberapa pelekat berjenama.
Beberapa kotak lain pula terdapat dust bag, krim tangan, magnet dan bermacam lagi yang random.
@eliseharmon Reply to @kellykillahbeebes
♬ The Christmas Song (Merry Christmas To You) – Nat King Cole Trio
Setakat ini video unboxing tersebut telah menerima jumlah tontonan 14 juta, lebih 1 juta tanda suka dan beribu-ribu komen.