Nak kata tak bayar bil Wi-Fi, dah pun bayar. Tetapi kenapa slow semacam je ni?
Kalau kamu pernah alami situasi di atas, ketahuilah bahawa Wi-Fi kamu sebenarnya ‘dicuri’ iaitu digunakan oleh orang lain tanpa diketahui.
Jadi macam mana nak tahu sama ada Wi-Fi di rumah kamu kena curi atau tak? Cepat scroll sampai bawah;
#1 Periksa status lampu router Wi-Fi
Pertama sekali tutup atau setkan gajet kamu pada mod kapal terbang. Kemudian terus periksa status lampu router Wi-Fi.
- GIF – Imgur
Untuk info kamu bila tiada gajet yang connect dengan Wi-Fi, lampu di router tidak akan berkelip. Tapi kalau masih juga berkelip, maksudnya ada orang guna Wi-Fi kamu.
#2 Muat turun aplikasi imbas Wi-Fi
Seterusnya kamu juga boleh tahu Wi-Fi ‘dicuri’ dengan memuat turun aplikasi imbas Wi-Fi. Tujuan aplikasi ini adalah untuk scan rangkaian dan memberikan senarai gajet yang connect dengan Wi-Fi kamu.
Wanista syorkan kamu untuk muat turun aplikasi WiFi Guard kerana aplikasi ini memberikan kamu senarai gajet yang connect. Jadi kamu boleh semak sama ada gajet tidak dikenali turut menggunakan Wi-Fi kamu.
WiFi Guard: Android [TEKAN SINI]
#3 Log in ke panel kawalan admin
Sekiranya #1 dan #2 tidak berjaya dilakukan, kamu boleh cuba langkah terakhir ini iaitu log in ke panel kawalan admin di internet. Cara-caranya adalah:
- Username admin: Kebiasaannya ramai yang akan mengekalkan username yang sama iaitu “Admin” selepas pasang Wi-Fi. Untuk keselamatan dan elak daripada ‘dicuri’, tukar username admin kepada nama lain seperti nama kamu, pasangan atau apa sahaja.
- Kata laluan: Jika kamu tidak pernah menukar kata laluan dalam jangka masa yang lama, silalah tukar kata laluan dengan segera. Lebih baik kalau tukar 2 kali setahun.
Tips: Cara elak Wi-Fi ‘dicuri’
Kalau kamu nampak ada beberapa gajet yang connect dengan Wi-Fi kamu, ada dua cara untuk kamu ‘buang’ mereka iaitu;
- Bila ternampak pengguna tidak dikenali dalam aplikasi imbas Wi-Fi atau panel kawalan admin, kamu perlu tekan entru untuk peranti tersebut. Kemudian pilih sama ada untuk block, ban atau eject peranti itu.
- Seperti yang dikongsi di atas, kamu boleh elak Wi-Fi daripada ‘dicuri’ dengan menukar kata laluan yang lebih rumit atau hanya kamu sahaja yang tahu.
Jadi kalau rasa macam Wi-Fi kena curi, cuba langkah-langkah di atas okay?