Pernah dengar tentang Royal Canin Club? Aplikasi khas untuk pemilik haiwan peliharaan di seluruh Malaysia!
Psst… Sebelum itu Wanista nak tanya, kamu tahu cara penjagaan haiwan peliharaan dengan betul? Kalau tak, apa kata kamu muat turun aplikasi Royal Canin Club sekarang!
Bukan saja kamu diberi panduan yang betul untuk menjaga haiwan peliharaan, malah boleh kumpul mata ganjaran dengan banyak.
Baca perkongsian di bawah;
Panduan Penjagaan Haiwan Dengan Lebih Terperinci
Info untuk kamu, aplikasi Royal Canin Club direka khas untuk pemilik haiwan peliharaan iaitu kucing dan anjing.
Bagi pencinta kucing dan anjing, aplikasi ini bertujuan untuk memberi panduan pada kamu dalam menjaga haiwan peliharaan.
Antara topik menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:
- Diet dan pemakanan
- Kesihatan pencernaan
- Penjagaan dari neonatal hingga penuaan
- Penjagaan kulit dan bulu
- Latihan tingkah laku
- Kesihatan umum
Mudah Difahami & Mesra Pengguna
Aplikasi Royal Canin Club ini diprogram bagi memberi pengalaman peribadi kepada pemilik haiwan peliharaan semasa berada di rumah.
Mereka boleh mengetahui dan mengenali haiwan peliharaan dengan mengisi profil dan menjawab beberapa soalan seperti:
- Baka haiwan peliharaan
- Jenis bulu
- Usia
- Masalah kesihatan
Yang menariknya aplikasi ini juga menyediakan kandungan yang berpadanan dengan haiwan peliharaan mereka.
Nak Menang Mata Ganjaran? Begini Caranya…
Nak tahu apa yang best? Dengan hanya menyiapkan tugasan dalam aplikasi ini, kamu berpeluang untuk mengumpul lebih banyak mata ganjaran.
Bukan itu sahaja kamu juga boleh mengumpulnya sebaik sahaja membeli produk Royal Canin. Ikuti langkah berikut:
- Langkah 1: Koyakkan pelekat Royal Canin Club pada produk yang dibeli dan imbas kod QR.
- Langkah 2: Kemudian imbas kod bar di bahagian bawah pada produk Royal Canin untuk mendapat 20 mata ganjaran.
- Langkah 3: Imbas atau taip kod kedai/klinik untuk 10 mata ganjaran tambahan[1].
- (Tertakluk pada terma dan syarat). Foto – Royal Canin
Pada masa yang sama bagi pengguna baru, dapatkan kod rujukan daripada rakan niaga Royal Canin semasa pendaftaran untuk dapatkan mata ganjaran. Selepas itu pengguna akan diberikan baucer permulaan dan set hadiah.
Sudah ada mata ganjaran yang cukup, cepat-cepat tebus untuk dapatkan hadiah dan produk Royal Canin untuk haiwan peliharaan kamu!
Info lebih lanjut tentang Royal Canin Club di https://www.royalcanin.com/my/royal-canin-club.