Limited edition? Sumpah excited dan tak sabar!
Syarikat kamera terkenal, Fujifilm telah bekerjasama dengan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS. Menerusi rangkaian instant camera mini 11 yang popular, Fujifilm telah mengeluarkan instax mini 11 BTS Butter Version.
Sama seperti kamera instax mini 11 yang lain, instax mini 11 BTS Butter Version ini telah direka untuk menggabungkan reka bentuk yang lebih segar dan trendy.
Sebelum membeli instax mini 11 BTS Butter Version ini, kamu wajib tahu 4 perkara berikut;
#1 Fungsi Automatic Exposure Untuk Gambar Yang Lebih Baik
Fungsi ‘Automatic Exposure‘ adalah untuk mengesan tahap cahaya ambien apabila pengguna mula menekan butang shutter.
Pada masa yang sama, ia membolehkan pengguna untuk mengambil foto yang terdedah secara automatik dengan betul tanpa mengira keadaan dan seterusnya menghasilkan cetakan foto segera yang berkualiti.
Menerusi pengalaman Wanista, fungsi ‘automatic exposure’ sangatlah bagus. Tetapi mengikut tempat dan keadaan terutamanya tempat yang terdedah dengan cahaya yang banyak, ia boleh memberi hasil cetakan foto yang kurang memuaskan dan tidak jelas.
#2 Mod Swafoto Yang Cepat & Mudah
Bagi mod swafoto pula, ia memang memudahkan pengguna yang mahu ambil swafoto dan gambar yang dekat. Tambahan pula cermin kecil di sebelah lens memudahkan dan membuatkan pengguna lebih bersedia dengan pose mereka.
#3 Reka Bentuk Yang Lebih Terperinci
Berbeza dengan kamera instax 11 yang lain, instax mini 11 Butter Version ini menghasilkan rupa yang lebih menarik dan terperinci. Dengan warnanya seperti kuning mentega malah di sekitar lens pula ada cetakan hati dan sebagainya yang berwarna-warni. Memang menarik!
#4 Kepelbagaian Filem Mini Baru
Manakala filem mininya pula menampilkan border kuning yang terang dengan cetakan hati BTS Butter di sekelilingnya. Filem ini akan tersedia dan dijual dalam kartrij tunggal yang menampilkan 10 exposure setiap satunya.
Bagi yang mahu mendapatkannya, instax mini BTS Butter Version ini mula dijual pada pertengahan bulan Disember iaitu menerusi dua saluran seperti:
#1 Dijual secara rasmi pada 17/12/2021
- Harga jualan biasa kamera pada RM468.00 per unit
- Harga jualan biasa filem pada RM41.00 per pek
- Dijual secara rasmi di semua platform dan/atau peniaga
Untuk maklumat lanjut mengenai instax mini BTS Butter Version, layari Instagram dan Facebook rasmi Fujifilm. Happy shopping!