Meriah sungguh melihat majlis berinai bertemakan Bollywood milik pasangan pelakon iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli.
Video penuh majlis berinai tersebut dikongsi oleh Michael Ang yang memamparkan pasangan ini mula menari apabila muzik Bollywood dimainkan. Antara muzik Bollywood yang dipilih adalah Saajanji Ghar Aaye dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, Mehndi Laga Ke Rakhna Song dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Aaja Nachle.
Menerusi video yang dikongsi itu boleh dikatakan secara keseluruhan majlis tersebut diadakan mengikut tema yang dipilih iaitu Bollywood. Dari hiasan majlis sehinggalah ke pakaian dan tarian, semuanya nampak sama seolah-olah dalam filem Hindustan.
Meskipun ada yang teruja dan seronok melihat video majlis berinai itu, ada juga sesetengah netizen yang mula mengeluarkan kata-kata negatif dan tidak suka.
Malah ada yang mengatakan Uqasha dan Kamal lebih mementingkan dan meniru budaya luar berbanding budaya sendiri untuk majlis berinai tersebut.
Dipetik daripada Kosmo, Michael Ang berkongsi orang ramai tidak perlu mengutuk dan mengeluarkan pernyataan yang melibatkan perkauman. Tambah penerbit dan pengarah terkenal ini, dia berharap orang ramai untuk tidak pertikaikan cara hidup sesetengah individu.
“Salam semua. Long version as requested by you all! Enjoy dan tak payah la kutuk-kutuk yang berbaur perkauman ya. Just watch and enjoy! Tak payah nak satu dunia hidup cara kau orang yang konon-konon alim sangat. Not everyone otak sempit macam kau orang.”
Tegasnya lagi setiap orang memiliki pendirian dan cara hidup tersendiri. Malah tak perlu untuk memaksa orang lain mengikuti apa yang dilakukan dan diamalkan oleh individu tersebut.
Apa-apa pun Wanista nak komen majlis berinai Bollywood Uqasha dan Kamal memang meriah dan fun!