Siapakah individu cantik molek yang sakan bersorak untuk skuad bola sepak Thailand?
Dilantik menjadi pengurus skuad bola sepak Thailand, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai ‘Madam Pang’ mencuri perhatian kerana rupa paras yang cantik menawan.
Pemilihan Madam Pang berdasarkan pada pengalamannya dalam sukan bola sepak dan pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak wanita Thailand di Piala Dunia sebanyak dua kali.
Wanita cantik molek ini bukan biasa-biasa orangnya. Dia merupakan generasi kelima keluarga Lamsam di Thailand, pengasas Kasikorn Bank, atau KBank. Dilaporkan, mereka mempunyai US$100 billion aset.
- Foto – SCMP
Dipetik dari South China Morning Post, Madam Pang dilahirkan pada tahun 1966 di Bangkok dan lulus dengan ijazah pemasaran dari Universiti Chulalongkorn yang berprestij, salah satu institut pengajian tinggi tertua di Thailand.
Tidak hanya pengurus bola semata, wanita 54 tahun ini mengaku shopaholic, malah antara pengimport awal label berjenama di Thailand dan pengedar Hermès, Saint Honorè (Bangkok). Sebab itulah, dia tak lekang dengan beg tangan Hermes setiap kali OOTD.
“Saya suka membeli-belah dan saya membelanjakan banyak wang untuk membelinya. Saya sentiasa menjadi peminat dan pelanggan Hermès. Ia lebih daripada sekadar objek fesyen. Ambil Birkin, sebagai contoh – ia mengambil masa tidak kurang daripada 16 jam untuk penghasilan, ia adalah karya seni yang sebenar.
- Foto – IG @panglamsam
- Foto – IG @panglamsam
- Foto – IG @panglamsam
Madam Pang memang handal dalam sukan bola sepak.