Pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan telah mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa memiliki dua orang anak.
Yang paling mengejutkan anaknya itu adalah anak patung yang dibela seperti anak sendiri. Malah dia juga telah membuka akaun Instagram untuk dia update tentang anaknya.
Hairan dan terkejut dengan tindakan Ivan, netizen termasuklah rakan baiknya iaitu Boy William berteka-teki dan mendakwa dia mungkin telah mengikuti ajaran sesat.
“Ada orang percaya anak patung sebernarnya ada roh. Dan roh itu boleh bawa mereka pada kemasyhuran, kekayaan dan juga cinta sekiranya mereka berjaya menyembahnya. Adakah kamu percaya Ivan?”, tanya Boy pada Ivan.
Menafikan dirinya mengikuti ajaran sesat, Ivan mendedahkan dia tidak pernah memuja sesiapa pun terutamanya anak patung yang dibelanya.
Akuinya tujuan membela anak patung tersebut seperti anak sendiri adalah kerana dia memerlukan peneman hidup dan tidak bersedia untuk mengambil anak angkat.
“Anak patung ini adalah hadiah daripada Ruben Onsu. Saya bukan tak mahu ambil anak angkat tapi semua itu kena ada persediaan kerana bela anak yang bernyawa adalah tanggungjawab yang berat. Kena hati-hati dan betul-betul sayang”, kongsi Ivan.
Untuk pengetahuan kamu, Ivan Gunawan memperkenalkan dua anak patung sebagai anak kandungnya yang diberi nama Miracle Putra Gunawan dan Marvelous Putra Gunawan.