Anda menggunakan syampu yang sama tujuh hari seminggu, 365 hari setahun …
Selain terlalu kerap mencuci rambut, setia dengan syampu yang sama juga adalah salah satu kesilapan dalam mencuci rambut. Sekali-sekala anda perlu menukar syampu untuk mengelakkan pembentukan bahan tertentu seperti silikon.
Setiap beberapa bulan, tukar syampu anda dengan syampu lain tetapi masih sesuai dengan jenis rambut anda, contohnya anda juga boleh menggunakan clarifying shampoo sebulan sekali.
Anda tidak membasahkan rambut anda secukupnya
Tanpa air yang cukup, syampu juga tidak akan menghasilkan buih yang cukup. Akibatnya anda akan menggunakan syampu dengan lebih banyak lagi dan ini sebenarnya merupakan satu pembaziran ; pembaziran syampu dan juga pembaziran wang !
Terlalu banyak mencipta geseran
Untuk mengelakkan kerosakan rambut, urut kulit kepala anda dengan hujung jari , elakkan menggunakan kuku atau tapak tangan.
Bilas rambut dengan air panas
Air panas akan membuatkan kulit kepala dan rambut anda kering. Bilaslah menggunakan air suam. Air panas juga akan menjejaskan warna rambut yang diwarnakan.
Tidak perlu cuci berulang kali
Dalam mencuci rambut, sekali sudah cukup. Tidak perlu cuci berulang kali dalam satu masa.
Anda tidak membilas secukupnya
Ambil masa anda ketika membilas rambut untuk memastikan tidak ada sisa syampu yang tertinggal. Sisa syampu yang tertinggal kerana tidak membilas rambut dan kulit kepala sebersihnya akan membawa kepada masalah lain.
Guna perapi di bahagian rambut yang salah
Proses mencuci rambut tidak lengkap tanpa penggunaan perapi rambut. Namun, kawasan yang tepat ketika memakai perapi adalah daripada tengah rambut ke hujung. Perapi tidak boleh terkena kawasan kulit kepala. Selain itu, sikat rambut anda menggunakan jari selepas merapi bukannya sikat.