Melihat pada gambar, penulis yakin mesti ada di antara anda yang pernah memakan jenis cookies yang berbentuk comel ini bukan?
Untuk pengetahuan anda, namanya ialah Madeleine, merupakan kek mentega Perancis. Tapi kebanyakkan orang bukan Perancis merasakan ia biskut. Keknya kecil berbentuk cengkerang, rangup di luar dan lembut di dalam.
Madeleine kelihatan mudah untuk dibuat tetapi sebenarnya memerlukan kesabaran dan perlu berhati-hati mengikut arahan dalam resepi.
Madeleine Classic diperisakan dengan kulit lemon atau oren, tetapi variasi yang dibuat termasuklah coklat, koko, pes badam, kacang, beri, lemon.
Sedap Dimakan Panas-Panas
Madeleine sangat sedap dimakan ketika baru keluar dari oven, ketika masih panas. Madeleine hanya berada pada tahap terbaik ketika baru dimasak.
- Foto – Pinterest
Ia boleh disimpan selama 1 atau 2 hari di dalam bekas kedap udara, tetapi akan mula kehilangan kerangupannya selepas beberapa lama.
Resepi Madeleine Mudah
Bahan-bahan – Acuan boleh dapat dalam 12 ke 18 biji
- 125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
- 90 gram gula
- 125 gram tepung gandum
- 125 gram butter ( cairkan)
- 4 gram baking powder (1 sudu kecil)
- 25 gram madu (1 sudu besar)
- sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleine dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madeleine tadi.
2. Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
3. Kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Scoop adunan dah isikan 80% dalam acuan. Akhir sekali panaskan ketuhar 180 darjah dan bakar selama 14 minit.
4. Jika tiada acuan madeleine, boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasikan adunan ini, tambah koko atau apa perasa kegemaran anda.
- Foto – Joy of Baking
Comelkan madeleine ini? Apa lagi cubalah buat. Selamat Mencuba!
Rujukan Resepi – Sue-hasue.Blogspot