Rambut merupakan lambang keperibadian seorang wanita. Rambut yang cantik, bila anda menjaganya dengan rapi dan sihat.
Tapi tahukah anda setiap orang mempunyai rahsia personaliti di sebalik rambutnya? Rambut lurus dikatakan seorang yang bijak, manakala yang kerinting halus agak egois.
Nak tahu apa yang pakar beritahu tentang rambut anda, teruskan pembacaan.
Rambut lurus
Orang yang berambut lurus sentiasa kelihatan menarik di mata semua orang. Anda yang berambut lurus merupakan seorang individu yang bijak dan ceria!
- Foto – Head & Shoulders
Bijak mengatur sesuatu tanpa bantuan orang lain, malah bijak bergaya! Namun dalam diam, anda juga merupakan seorang yang kuat cemburu.
Rambut ikal mayang
- Foto – Facebook
Mempunyai daya tarikan yang menarik dan tersendiri. Anda juga bijak mengatur langkah dan tidak terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Selain itu, anda juga bersikap terbuka dan suka bergaul.
Rambut kusut
- Foto – Fit & Elegant
Orang yang berambut kusut selalu dikatakan agak clumsy, sebenarnya mereka merupakan golongan orang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian!
Rambut kerinting tebal
- Foto – Fesyen
Degil dan keras kepala. Anda tak suka mengalah dan tak mudah mengalah. Tetapi dalam diam, anda merupakan seorang yang romantik. Sama ada betul atau tidak, tanyalah diri anda sendiri!
Rambut kerinting halus
Anda cerewet dan ego tinggi namun anda merupakan seorang yang bijaksana. Ada kalanya anda cerewet mungkin kerana mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.
- Foto – Pinterest
Dalam perhubungan pula, anda seorang yang kuat cemburu dan itu membuatkan orang sekeliling tidak selesa dengan sikap anda.
Rambut beruban
- Foto – Remaja
Kurang bijak dalam mengatur sesuatu, suka berangan atau termenung dan suka bersikap negatif. Anda jarang bercampur dengan orang tetapi bijak menyelesaikan masalah sendiri.
P/s : Bagi anda di luar sana, janganlah salah paham pula. Mungkin ianya tidak padan dengan diri anda. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana perwatakannya yang sebenar.