Boleh mengundang marah kalau ada mulut yang kata kita nampak tua, walaupun baru 20-an.
Jangan tak tahu, sebenarnya kesilapan dalam berfesyen pun boleh membuat seorang wanita kelihatan lebih tua dari umurnya. Ya, cuba selidik balik apa yang kamu pakai, dan ikut tips ini supaya penampilan kamu sesuai dengan umur.
Gabungan Warna
Mungkin kamu mahu memakai pakaian yang berbeza dari orang lain. Tapi jika kombinasi warna yang gunakan tidak teratur dan terlalu berwarna-warni, ia boleh menampakkan struktur badan dan nada kulit berbeza dan kamu akan kelihatan lebih tua.
Cara Berpakaian
- Foto – Alot Living
Satu lagi kesilapan utama ialah cara pemakaian. Kamu boleh mencuba seluar ketat dengan baju kapas yang longgar, tetapi jika ia tidak sesuai dengan bentuk badan dan jenis badan, ia benar-benar boleh mencacatkan penampilan.
Mengenakan Alat Solek Berlebihan
Mimpi ngeri setiap wanita bila mukanya penuh dengan bedak asas, maskara tebal, bibirnya disapukan gincu merah yang terlalu menonjol dan itu bukan sahaja membuatkan muka nampak seperti badut, tapi juga lebih tua!
Kenakan warna mekap yang sesuai dan tidak terlalu tebal terutamanya pada waktu tengah hari.
Mengabaikan Penggunaan Sunscreen
Ini memang ramai buat. Jika kulit terlalu terdedah kepada pancaran matahari, ia bukan sahaja akan menjadikan kulit kamu kering dan tidak stabil tetapi juga merosakkan warna semula jadi kulit dan juga membuatkan kamu nampak lebih tua.
- Foto – Insider
Ingat, cara kamu mendandan rambut, mengenakan tudung, atau solekan pada wajah, semua perlu kena dengan personaliti supaya kamu terlihat lebih muda dari umur.
Happy tahu kalau ada yang cakap ‘mudanya kau, apa rahsia ye’, ‘kau nampak muda sangat, tak macam mak-mak langsung’.