Perhubungan yang sihat bila kamu ada sikap toleransi dan saling menghormati satu sama lain. Kamu hormat dia sebagai lelaki, dan dia juga hormati kamu sebagai wanita.
Oleh itu, jangan sesekali lakukan perkara ini kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan kamu saja.
Jangan sesekali bandingkan si dia
Bagaimana perasaan kamu jika dibandingkan dengan orang lain? Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan bekas kekasih kamu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar.
Jangan sesekali berbohong
- Foto – Asian Piggyback
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan dalam apa hal sekalipun. Jika sekali kamu berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan.
Jangan lupa hari-hari penting si dia
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endah dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.
Jangan terlalu cemburu buta
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan!
Jangan terlalu uji cinta si dia
- Foto – South China Post
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika kamu ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.
Jangan luahkan kata-kata yang boleh sakitkan hatinya
Kamu perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri kamu semasa bertengkar dengannya. Jangan hina dirinya dengan ayat atau perkataan yang boleh menyinggung hati dan perasaannya.
Jangan buka aib si dia/jatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin kamu tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan kamu kena pada tempatnya. Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.
Selamat beramal!