OMO! Kenapa?!
Muncul di rancangan radio “Noon Song Of Hope“, pelakon-pelakon ini telah berkongsi beberapa cerita di sebalik tabir dan menjawab soalan daripada peminat.
Ketika program radio itu berlangsung, Se Young berkongsi bahawa adegan ranjang mereka telah dihentikan ketika pengambaraan oleh pengarah.
“Saya tak boleh beri spoiler banyak, tapi… Kami belum selesai melakukan semua adegan dalam drama ini tetapi pengarah memberitahu kami untuk berhenti dan dia telah ‘memotong’ segala-galanya selepas itu. Adakah spoiler itu cukup?”, kongsi Se Young.
Ujarnya mereka sangat terkejut dengan arahan tersebut dan terpaksa akur kerana pengarah sudah berpuas hati dengan lakonan mereka.
“Ending drama itu berbeza sedikit daripada apa yang ditulis dalam skrip. Sebenarnya San dan Deok Im melakukan tepat seperti dalam skrip tetapi pengarah berkata ‘Cukuplah itu lebih daripada rakaman yang cukup’. Kami sangat terkejut dan tanya padanya adakan itu cukup, tapi mari kita berhenti cakap tentang ini sekarang”, luah Junho.
Tambah Se Young adegan tersebut sepatutnya lebih ‘ganas’ dan erotik. Tetapi pengarah menghentikannya kerana mungkin tidak mahu letakkan drama itu sebagai tontonan 19+.