Bersempena dengan ulang tahun yang ke-40 semalam, Istana Kensington telah mengeluarkan tiga potret klasik milik Duchess Of Cambridge.
Dalam potret tersebut Kate Middleton telah mengenakan tiga gaun daripada Alexander McQueen. Penampilannya itu dipadankan dengan aksesori milik Puteri Diana dan Ratu Elizabeth.
Untuk potret hitam putih yang pertama, Kate mengenakan gaun off-shoulder berona putih yang dilengkapkan dengan sepasang anting-anting mutiara Puteri Diana.
Anting-anting mutiara tersebut adalah hadiah perkahwinan kepada Puteri Diana daripada Collingwood Jewellers iaitu tukang emas keluarga Spencer.
Manakala potret keduanya pula, Kate sedang tersenyum semasa mempamerkan gaun ruffle yang berona putih. Dia juga padankan gaun tersebut dengan anting-anting Puteri Diana.
Potret terakhir pula, Kate telah memakai gaun one-shoulder dengan puffy sleeve yang berona merah hati. Untuk lengkapkan gayanya, Kate telah mengenakan anting-anting berlian kepunyaan Ratu Elizabeth. Tambah dengan senyumannya, memang nampak cantik!
Ketiga-tiga potret ini telah diambil di Kew Gardens London oleh Paolo Roversi. Untuk info kamu, potret ini akan memasuki koleksi tetap di Galeri Potret Negara di mana Kate Middleton adalah penaungnya.