Siapa sahaja yang tak mahu jadi cantik, lebih-lebih lagi bila nak menyambut Tahun Baru Cina tak lama lagi.
Kalau nak jadi cantik, apa kata kamu jadi lebih yakin dan berani. Selari dengan zodiak Tahun Harimau, beberapa produk jenama mahal berikut boleh bantu kamu.
Dr. Jart+ Cicapair Serum
Sempena Tahun Baru Cina, Dr. Jart+ telah mengeluarkan packaging baru untuk Cicapair Serum. Serum ini adalah produk yang terbaik bagi mereka yang mahu melawan kerengsaan dan sensitiviti kulit.
Serum ini mengandungi bahan Centella Asiatica iaitu bahan yang sangat berkesan untuk menghidrat dan menangkan kulit yang merah akibat kerengsaan.
Harga: RM170 [BELI DI SINI]
Gucci Cushion De Beauté
Bercorakkan singa yang dikelilingi kalungan bunga kering pada bekasnya, cushion foundation ini menawarkan formula penghidratan dengan ciri SPF, anti pencemaran dan anti cahaya biru.
Dikeluarkan dalam 6 tona warna, cushion foundation ini mempunyai cermin dan aplikator kusyen yang boleh diisi semula.
Harga: RM275 [BELI DI SINI]
I’m From Honey Mask
Mengandungi 38.7% madu asli dari gunung Korea, Honey Mask sangat berfungsi untuk merawat kulit yang kusam dan letih.
Tekstur mask ini adalah baldu dan tidak melekit. Malah mask ini sangat mudah meresap dalam kulit dan berikan kesan yang lembut, gebu dan glowing.
Harga: RM113 [BELI DI SINI]
Drunk Elephant O-Bloos Rosi Drops
Berwarna golden peachy-pink, Drunk Elephant O-Bloss Rosi Drops mengandungi pelbagai bahan campuran yang berkhasiat untuk kulit.
Antaranya adalah minyak omega dan fatty acid yang dapat menghalang kerosakan dan kekalkan kulit yang lembut serta tenang.
Harga: RM159 [BELI DI SINI]
Supergoop! Glowscreen SPF 40 / Supergoop! Glowscreen Body SPF 40
Lindungi wajah dan seluruh badan daripada matahari dengan menggunakan Supergoop! Glowscreen SPF 40 dan Supergoop! Glowscreen Body SPF40.
Glowscreen SPF40 adalah primer untuk menghasilkan wajah yang segar dari dalam. Manakala Glowscreen Body SPF40 adalah losyen badan yang dapat melindungi dan menyihatkan kulit secara keseluruhan.
Harga Supergoop! Glowscreen SPF40: RM125 [BELI DI SINI] / Supergoop! Glowcsreen Body SPF 40: RM160 [BELI DI SINI]
Philosophy Purity Made Simple One-Step Cleanser (Limited Edition)
Pembersih 3 dalam 1 ini mengandungi formula membersih, menanggalkan solekan, meratakan tona kulit dan melembapkan.
Untuk edisi terhad ini, pembeli akan mendapat pembersih yang diformulasikan dengan minyak biji meadowdoam semula jadi yang khas.
Harga: RM124 [BELI DI SINI]
Gucci The Alchemist’s Garden A Gloaming Night (100ml)
Diilhamkan oleh warna merah matahari terbenam, pewangi ini menawarkan bau yang sesuai untuk semua musim tanpa mengira jantina.
Yang menariknya, packaging pewangi diaksenkan dengan huruf emas untuk logo Gucci dan signet House.
Harga: RM1587 [BELI DI SINI]
BOSS ALIVE Eau de Parfum
Sesuai untuk wanita, BOSS ALIVE Eau de Parfum ini menggunakan bauan notes epal, blackcurrant, plum dan kayu manis.
Untuk bauan flora, pewangi ini menggunakan Jasmine Sambac India yang digabungkan dengan thyme. Wangian ini menjadi simbol wanita apabila ditambahkan dengan Madagascan Vanilla.
Harga 50ML: RM345 / 80ML: RM449 [BELI DI SINI]
Selamat membeli belah!