Miliki beg Hermès Birkin melambangkan seseorang itu kaya raya, up-to-date dengan fesyen dan memiliki kelas sosial yang tinggi.
Beg Hermès Birkin merupakan simbol utama dalam dunia fesyen dan ramai yang mahu memilikinya termasuklah para selebriti.
Malah mereka yang memiliki Hermès Birkin ini sanggup mereka khas untuk kelihatan lebih eksklusif dan berbeza daripada orang lain.
Nak tahu siapakah pemilik Hermès Birkin tersebut, semak di bawah;
Cardi B
Untuk padankan dengan pakaian bandana, penyanyi rap Cardi B telah meminta pereka Jay Ahr untuk mereka beg Hermès Birkin miliknya yang berona hot pink.
Rita Ora
Mempamerkan lukisan grafiti, penyanyi Rita Ora telah meminta artist Al-Baseer Holly untuk mewarnakan beg hitamnya dengan titisan cat dan simbol dalam warna pelangi.
Kelly Osbourne
Pelakon British, Kelly Osbourne telah ‘menulis’ beberapa kasyen pelik pada beg hitamnya dan meletakkan muka smiley.
Mohamed Hadid
Bapa kepada dua model terkenal iaitu Gigi Hadid dan Bella Hadid ini turut mereka khas beg Hermès Birkin yang berkulit ular sawa itu dengan melukis “Magical Eyes“. Lukisan itu telah ‘dirawat’ untuk kekal seperti baru dalam jangka masa yang panjang.
Kardashian-Jenner
Beg pertama Hermès Birkin Kim Kardashian yang direka khas adalah beg lukisan bogel yang dilukis oleh artis George Condo. Manakala beg keduanya menampilkan lukisan bandana yang dipadankan dengan seluarnya.
Bagi Khloe pula, dia telah menggunakan beg hijau neon itu telah dipadankan dengan lukisan yang maskot Monopoli, beg wang dan hujan wang kertas. Dia juga meletakan tag grafiti merah iaitu “KLOMONEY“.
Mahu mengikuti kakaknya, Kylie turut meminta Jay Ahr untuk mereka beg Hermès Birkin putihnya. Ia menampilkan reka bentuk yang diilhamkan oleh bandana.
Antara beg Hermès Birkin di atas yang mana satu menarik minat kamu?