Kalau pergi ke Pulau Langkawi, Kedah, pasti ramai yang terpaku dan terpesona melihat keindahan seni reka bentuk The Ritz-Carlton Langkawi.
Resort yang bertemakan alam semula jadi ini mempunyai bilik mewah yang berlatar belakangkan hutan dan laut. Paling best sekali, tiada sebarang gangguan yang boleh merosakkan mood percutian anda.
Lebih Eksklusif Dengan The Ritz-Carlton Langkawi
Bagi tetamu yang mahu menikmati pelbagai tarikan Pulau Langkawi, anda boleh memilih menerusi program pilihan di resort ini.
Antaranya adalah melawat kawasan bakau seperti Kubang Badak BioGeo dengan berkayak melalui paya.
Yang keduanya adalah anda boleh berjemur di bawah matahari di atas pasir putih berdekatan dengan resort. Ataupun berjemur secara terus dari kawasan bilik mereka.
Atau yang ketiga, anda boleh menikmati outdoor spa di Teratak Mahsuri yang berhadapan dengan Laut Andaman. Sambil mendapat urutan, sambil mendengar bunyi ombak memukul pantai. Heaven!
Nikmati Lagenda Langkawi Dengan Lebih ‘Dekat’
Sekiranya anda seorang yang sukakan sukakan cerita mistik dan mitos, Pulau Langkawi adalah pilihan yang tepat!
Anda boleh nikmati cerita lagenda ini menerusi beberapa ekspedisi terpilih seperti;
- Tasik Dayang Bunting
- Air Terjun Perigi yang dikatakan menjadi kediaman pari-pari
- Tapak Beras Bakar
- Gunung Mat Cincang
- Gua Langsir
- Gua Cerita yang terletak di pantai yang menghadap pantai selatan Thailand.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan untuk The Ritz-Carlton Langkawi, layari laman web rasmi The-Ritz Carlton Langkawi.