Seiring dengan peredaran masa, mindset lelaki yang ada beg tangan adalah seorang yang lembut atau digelar ‘pondan’ sudah lagi tidak relevan.
Tak kiralah wanita atau lelaki, beg tangan merupakan aksesori yang terbaik untuk melengkapkan gaya. Malah ia juga berikan standard tertentu pada individu tersebut.
Jom lihat individu manakah yang sering tampil dengan beg tangan mereka di bawah;
Jonah Hill & Hermès Birkin
Siapa kata lelaki tak boleh pakai beg Hermès Birkin? Dalam filem “Don’t Look Up“, pelakon Jonah Hill telah membawa beg Hermès Birkin 40 Togo. Beg yang berwarna hitam itu pula dipadankan dengan warna sutnya.
A$AP Rocky & Gucci x Disney
Menjadi pengaruh kuat dalam dunia fesyen, A$AP Rocky telah menyertai pertunjukkan fesyen SS20 di Milan dengan menyarungkan Gucci X Disney Shoulder Bag Mini GG Supreme di dadanya.
Harry Styles & Gucci Jackie 1961
Ketika rancangan The Beloved Show Gucci oleh James Cordon, penyanyi Harry Styles telah mengenakan sepersalinan pakaian daripada jenama mewah Gucci. Tak dilupakan beg tangan ikoniknya iaitu Gucci Jackie 1961.
Ranveer Singh & Gucci Jackie 1961
Suami kepada pelakon Bollywood, Deepika Padukone ini merupakan pengguna jenama Gucci yang setia. Daripada kepala hingga ke kaki, Ranveer melengkapkan gaya Guccinya dengan beg mini Gucci Jackie 1961.
Tyler, the Creator & Chanel Classic Handbag
Penyanyi rap Amerika ini sering memakai beg klasik Chanel berwarna biru miliknya di mana-mana sahaja. Untuk nampak berbeza daripada orang lain, dia akan dengan menggantung beg tersebut di leher.
Nampak sangat berkelas tinggi dan bergaya kan bila lelaki pakai beg tangan?