Sejak ditayangkan di Netflix tahun lepas, siri drama Squid Game masih lagi menjadi perbualan ramai. Lebih-lebih lagi watak Saebyok yang dilakonkan oleh Jung Hoyeon.
Ramai sebenarnya terkejut dan tak sangka Hoyeon ini boleh membawa watak pertamanya dengan berjaya walaupun dia merupakan seorang model terkenal.
Sambil-sambil itu, mari baca lima fakta menarik tentang Jung Hoyeon yang akan buatkan kamu nak tahu lebih banyak tentangnya.
Merupakan peserta Korea’s Next Top Model
Sebelum memulakan kariernya, Hoyeon telah menyertai Korea’s Next Top Model musim ke-4.
Dalam rancangan tersebut dia telah menduduki tempat ketiga dan dipanggil untuk ‘berjalan’ di Seoul Fashion Week sebelum menjadi model jenama antarabangsa iaitu Chanel dan Jacquemus.
‘Hak’ jenama mewah antarabangsa
Menjadi model antaranbangsa buat pertama kali, Hoyeon mendedahkan dia telah dipilih secara eksklusif oleh pengarah kreatif Louis Vuitton iaitu Nicholas Ghesquiere untuk rancangan FW17.
Sejak daripada itu jenama mewah yang lain seperti Gucci, Marc Jacobs dan banyak lagi mula memanggilnya untuk menjadi model mereka.
Squid Game siri drama pertama sebagai pelakon
“Saya sedang bersiap sedia untuk New York Fashion Week apabila agensi saya meminta untuk hantar video uji bakat. Apa yang saya lakukan ketika itu selain makan adalah membaca skrip”.
Mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk menceburi bidang lakonan, Hoyeon memberitahu dia menerima tawaran untuk menjadi Saebyok selepas pengarah Squid Game menghubunginya.
Kekasih kepada pelakon Lee Donghwi
Sebelum hubungan mereka disahkan pada tahun 2016, Hoyeon sering dilaporkan berjumpa dan menghabiskan masa bersama pelakon drama Reply 1988 iaitu Lee Donghwi.
BLACKPINK Jennie rakan karibnya
Walaupun mempunyai beberapa kawan yang terkenal, Hoyeon dikatakan sangat rapat dengan ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie. Menyokong antara satu sama lain, Hoyeon sering mengenakan barangan dari NIEEH iaitu jenama bersama yang dimiliki oleh Jennie.
Jadi itulah lima fakta menarik tentang Jung Hoyeon iaitu model terkenal dan pelakon di Korea.