Menarik pada Tahun Baru Lunar 2022, jenama PEDRO telah mengeluarkan koleksi yang diinspirasikan daripada zodiak harimau.
Harimau sebagai simbol kemegahan dan berani telah menjadikan keseluruhan koleksi ini menggunakan siluet dan corak jalur di setiap reka bentuknya.
Menerusi koleksi pertama yang berfokuskan pada kasual, PEDRO menghasilkan sneakers EOS uniseks yang menampilkan corak jalur harimau di atasnya.
[Info: PEDRO akan mengeluarkan sneaker EOS uniseks pada akhir bulan Februari.]
Untuk padankan sneakers ini, PEDRO mengesyorkan pengguna untuk padankannya dengan beg silang dan lucky charm harimau. Atau boleh juga dipadankan dengan beg sling pouch yang mempunyai perincian bercetak di poket sisinya.
Pada masa yang sama, PEDRO juga telah mengeluarkan sandal yang sporty dan chunky serta mules yang khas untuk wanita. Pengguna wanita boleh padankannya dengan beg tangan Tigerlily.
Akhir sekali bagi wanita yang mahukan sesuatu yang sedondon, gunakan beg tangan dan kasut yang memiliki cetakan ilustrasi dari koleksi ini. Cetakan tersebut mempamerkan pergerakan harimau yang penuh teka-teki dalam hutan tropika.
Jangan lupa dapatkan koleksi Tahun Baru Lunar 2020 dari PEDRO sama ada dalam talian [TEKAN SINI] atau di butik PEDRO. Happy shopping!