Siapa merupakan pencinta jenama Chanel kena bersedia dengan kenaikan harga untuk beberapa koleksi beg tangan klasiknya. Hal ini dilaporkan Hypebeast bahawa Chanel telah menaikkan harganya sekitar 60%.
Bloomberg melaporkan bahawa jurucakap syarikat itu mendakwa kenaikan harga adalah disebabkan “turun naik kadar pertukaran yang tidak ditentukan, perubahan dalam kos pengeluaran dan untuk memastikan kos beg tangan hampir sama di seluruh dunia.”
- Foto – Purseblog
Beg Chanel yang mana akan melakukan peningkatan harga? Majoriti koleksi klasik yang menjadi idaman pembeli akan berlaku kenaikan harga. Beg yang akan terjejas termasuk Chanel Coco Handle, Chanel Business Affinity, dan Chanel Boy Bag with Handle.
Menurut Jefferies Group, Chanel small classic flap bag menyaksikan kenaikan harga sebanyak 60% sehingga $8,200 USD di pasaran USA. Beg tangan yang lebih besar, juga dikenali sebagai 2.55 juga melonjak kepada $9,500 USD selepas kenaikan harga keempat jenama itu dalam tempoh dua tahun.
- Foto – Edward Berthelot/Getty
Kenaikan harga Chanel telah membuatkan beberapa jenama lain tampil membuat spekulasi. Ketua Pegawai Eksekutif Rebag, Charles Gorra percaya bahawa Chanel menyasarkan status beg tangan Hermès, mengekalkan diri mereka pada peringkat tertinggi dalam fesyen mewah.
“Chanel sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada dunia Hermès dan tidak mahu lagi sebaris dengan Louis Vuitton dan Gucci.
Dengan menaikkan harga, Chanel menjadikan jenama mereka lebih eksklusif dan mewujudkan keinginan yang lebih besar untuk jenama itu.