Semalam (12/1/2022) jenama teknologi HUAWEI tealah melancarkan dua peranti baru iaitu P50 Pro dan telefon boleh-lipat P50 Pocket.
Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan keupayaan Optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro. Spesifikasi ini memberikan kualiti gambar yang terbaik dan membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.
HUAWEI P50 Pro
Untuk peranti yang diperkenalkan dalam reka bentuk Kamera Dwi-Matrik, pengguna boleh mendapatkan dua kemasan premium iaitu Cococa Gold dan Golden Black.
Spesifikasi peranti HUAWEI P50 Pro:
- Skrin dan bateri lebih besar sambil mengekalkan penampilang peranti yang langsing dan ringan.
- Menggunakan tetapan 4 lesan iaitu (1) 50MP kamera True Chroma dan sensor F/1.8, (2) 40MP True Chroma dan sensor Mono F/1.6, (3) 13MP untuk sudut ultra lebar dan (4) 64MP lensa telefoto bersama sensoir F/3.5 serta teknologi OIS.
- Menyokong kadar zum sehingga 200% yang menghasilkan imej yang sangat jelas.
- Untuk video, peranti ini menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat fokus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro.
HUAWEI P50 Pocket
Miliki dwi-bulatan ikonik seperti siri HUAWEI P50, telefon boleh-lipat ini menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar.
Telefon boleh-lipat ini dikeluarkan dalam warna putih dan Premium Gold iaitu satu warna dalam Edisi Premium.
Spesifikasi peranti HUAWEI P50 Pro:
- Sangat ringan dan nipis dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.
- Kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz, kadar persampelan sentuh 300Hz dan sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz yang dapat melindungi mata pengguna.
- Kamera Matrik Ultra Spectrum dihadirkan dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain.
- Boleh menangkap dan hasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD Huawei dan Enjin Imej Kroma Sebenar.
- Skrin Luaran menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca dan kawalan pelbagai ciri.
Info untuk kamu;
Huawei P50 Pocket boleh dikatakan dikeluarkan ‘khas’ untuk wanita apabila peranti ini miliki teknologi untuk mengesan sunscreen iaitu sebanyak mana anda gunakan sunscreen, jumlah penggunaan yang sepatutnya dan kawasan yang memerlukan penggunaan sunscreen.
Selain itu peranti ini juga boleh memberitahu adakah anda sudah membuang solekan sepenuhnya di wajah dan sebagainya.
HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12/1/2022 didapati di web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores. Manakala pengguna juga boleh dapatkan di platform dan kedai rasmi bermula 22 Januari 2022.
Harga HUAWEI P50 Pro: RM4199 (Nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2100)
Harga HUAWEI P50 Pocket: RM 5999 | RM7299 Edisi Premium. (Nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2700)