Beg yang tengah ‘hot’ sekarang tentu saja Balenciaga Hourglass!
Memasuki tahun baru, semuanya kenalah baru. Kalau masih menggunakan beg tangan lama, mungkin dah tiba masanya untuk tukar yang baru. Mungkin Balenciaga Hourglass yang dikatakan ‘it-bag’ masa kini. Hal ini selepas watak Carrie Bradshaw dalam And Just Like That… dilihat membimbit beg tangan kompak, dan telah menjadi sorotan untuk fashion lover.
Bentuk Lengkungan Hourglass Menarik Perhatian
Dilancarkan pada akhir 2019, beg ini memberi penghormatan kepada Sepanyol coututier. Pengarah artistik Demna Gvasalia mencipta beg Hourglass untuk mencerminkan bayang wira rumah fesyen itu.
- Foto – Balenciaga
Hourglass mempunyai bentuk lengkung yang unik dan tajam yang pastinya menarik perhatian. Dengan pemegang atas yang pendek dan tali bahu yang boleh ditanggalkan, ia mempunyai keperibadian tersendiri.
Badan segi empat tepat adalah anggun, dengan kepak yang dimonogram dengan signature B rumah fesyen menjadikan ia satu rekaan eksklusif dan prestij sekali.
Rekaan unik dan klasik, tidak hairanlah ramai selebriti ternama seperti Hailey Bieber, Kim Kardashian dan Celine Dion menjadi pengguna setia Balenciaga Hourglass.
- Foto – Getty
- Foto – Getty
Didatangkan dalam pelbagai saiz, warna dan cetakan, Hourglass adalah untuk semua orang.
Anda boleh beli Balenciaga Hourglass di sini.