Wanita masa kini mahukan rutin kecantikan yang lebih ringkas dan penggunaan ramuan bersih dalam penghasilan mengubah kulit. Tidak perlu lagi rutin yang melecehkan kerana kekangan waktu yang dikejar.
Sehinggalah tibanya Biossance. Biossance menerajui ‘cleanse science’ dengan ramuan signature ‘squalane’ berasaskan tumbuhan khas, dan itulah sebabnya aktres Reese Witherspoon ‘bersumpah’ sekaligus menandatangani kontrak untuk menjadi duta global jenama itu.
“Saya mula mencari penyelesaian kecantikan setahun setengah yang lalu. Saya berada di kampung halaman dan sedang melihat produk Biossance. Ia mempunyai ulasan yang begitu hebat, dan seseorang ada menyebutnya dan saya membeli beberapa produk. Saya baru mula menggunakannya. Dan saya dapati ia sangat berkesan, benar-benar mewah, tidak seperti mana-mana produk bersih lain yang pernah saya gunakan.
Biossance Squalane + Omega Repair Cream
“Produk paling saya suka ialah Biossance Squalane + Omega Repair Cream. Ia yang paling banyak saya gunakan. Saya guna setiap pagi dan malam.
“Saya mempunyai kulit kering, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Jadi, ia sangat melembapkan, tetapi tidak berminyak atau licin. Ia mencipta asas yang sempurna untuk solek tetapi ia juga hebat untuk manjadi krim malam,” kata Reese Witherspoon kepada Harpers Bazaar.
Asid Lemak Omega Mengukuhkan Perlindungan Kulit
Squalane + Omega Repair Cream penuh dengan bahan-bahan yang meningkatkan penghidratan dan fungsi penghalang kulit.
- Foto – Biossance
“Asid lemak omega membantu mengukuhkan perlindungan kulit daripada kerosakan alam sekitar dan ceramide mengukuhkan penghalang kulit pelindung anda, manakala gliserin ialah humektan membantu kulit mengekalkan kelembapan,” jelas McKenzie Bolt, Pengarah Pendidikan Global untuk Biossance.
Dapatkan rangkaian produk Biossance di Sephora.