Psst… Berita baik untuk pelanggan setia peruncit pakaian global UNIQLO!
Baru-baru ini UNIQLO telah melancarkan koleksi Uniqlo U 2022 Spring/Summer untuk musim bunga dan panas yang bakal tiba.
Yang menarik tentang koleksi ini, pelanggan boleh mendapatkan item kesukaan mereka dalam pelbagai warna neutral. Antaranya warna hijau seperti buah zaitun, sand yang diilhamkan oleh matahari terbenam dan ungu seperti ubi taro.
Item Uniqlo U 22 Spring/Summer Yang Patut Kamu Ada
Menerusi koleksi ini, Pengarah Artistik Christophe Lemaire dan pasukan R&D UNIQLO di Paris telah mereka sebanyak 30 item untuk wanita, 26 item untuk lelaki dan 9 item untuk kanak-kanak.
#1 Koleksi Wanita
Dalam koleksi ini item telah dicipta semula untuk membuatkan pergerakan lebih mudah dan fleksibiliti dalam kehidupan seharian. Antara item yang disediakan adalah;
- Siluet berlapis
- Beg yang mempunyai ruang yang luas
- Jaket dan kot yang sesuai untuk semua situasi
- T–shirt dan gaun yang dihasilkan dalam kapas lembut AIRism dan jersi
- Pakaian denim dan baju bersaiz besar
#2 Koleksi Lelaki
Manakala untuk koleksi lelaki pula, rangkaian ini telah disusun dan dipuluh untuk kehidupan bandar dan perjalanan di alam semula jadi seperti;
- Jaket yang sesuai untuk pergi ke tempat kerja atau bersosial dalam masyarakat
- Siluet yang diperbuat daripada jersi lembut, kain terry dan kain linen untuk kegunaan seharian
- Baju bercorak jalur yang sesuai untuk ke pantai
#3 Koleksi Kanak-Kanak
Untuk koleksi kanak-kanak, UNIQLO telah membuat semula untuk memberikan rasa santai pada kanak-kanak yang aktif. Item koleksi ini menawarkan keselesaan dan kemudahan untuk bergerak yang dibina longgar.
Item | Harga (termasuk cukai) | Item | Harga (termasuk cukai) |
Pakaian Luar | RM199.90 – RM499.90 | Knits | RM129.90 – RM149.90 |
Seluar & Skirt | RM129.90 – RM199.90 | Gaun | RM129.90 – RM199.90 |
Shirts | RM129.90 – RM149.90 | Barang | RM129.90 – RM149.90 |
Barangan Potong & Jahit | RM39.90 – RM149.90 | Kanak-kanak | RM59.90 – RM149.90 |
Untuk keseluruhan koleksi Uniqlo U 2022 Spring/Summer ini, kamu boleh layari laman web rasmi UNIQLO [Tekan Sini]. Happy shopping!