“Anda lahir pada bulan Januari? Ohhh begini rupanya personaliti anda.”
Batu kelahiran adalah permata yang dikaitkan dengan bulan kelahiran, setiap batu mempunyai makna dan keunikannya. Mengikut carta batu kelahiran, Batu Pertama Garnet merupakan batu kelahiran pada bulan Januari.
Batu Pertama Malaya Garnet Untuk Januari
- Foto – HABIB
Istimewa buat mereka yang lahir pada bulan ini, HABIB menampilkan cincin Batu Pertama Malaya Garnet dihiasi berlian yang berkilau dan sangat manis apabila digayakan.
Didatangkan dengan pilihan warna ranggi seperti merah jambu, merah, coklat dan biru muda, koleksi cincin Malaya Garnet sessuali untuk mereka yang ingin menyerlahkan personaliti tersendiri.
Kekuatan permata ini berada pada tangga 6.0 – 7.5 mengikut skala Mohs, di mana skala ini digunakan untuk mengukur data tahan sesuatu mineral terhadap retak dan calar.
Sekiranya anda gemar mengenakan barangan kemas daripada Batu Permata Garnet, anda dikatakan bahawa seorang yang setia, penyayang, mempunyai keyakinan tinggi dan bersemangat.
Nak lihat koleksi HABIB yang lain, pergi web rasmi di sini.