Sesuai dengan cuaca di Malaysia, kaca mata telah menjadi salah satu ‘alat’ terpenting untuk setiap individu.
Selain melindungi mata daripada cuaca panas, kaca mata juga dikategorikan sebagai aksesori fesyen yang penting. Kalau tak ada kaca mata, memang tak lengkaplah gaya kamu.
Jadi untuk pencinta fesyen dan penggemar kaca mata, berikut adalah lima jenis kaca mata yang dilaporkan bakal ‘hit’ dalam tahun 2022.
Semak di bawah!
Kaca Mata Mikro
Kaca mata mikro yang mempunyai bingkai yang sedikit kecil berbanding kaca mata lain bakal memberikan gaya yang terkini pada anda.
Bukan sahaja nampak stail, malah ianya membuatkan kamu seolah-olah seorang yang sentiasa mengikuti aliran fesyen.
Kaca mata yang disyorkan:
- APERÇU Alyssa II – Bone [RM 7891.51]
- Hot Future Smoke Lens Sunglasses [RM 488]
Kaca Mata Bersudut
Kaca mata jenis ini sememangnya berikan penampilan yang berani dan lebih menarik pada si pemakai. Malah kaca mata jenis ini sering digunakan di dalam pertunjukan fesyen seperti jenama Miu Miu dan Ami.
Kaca mata yang disyorkan:
- COACH Signature Chain Rectangle Sunglasses [RM860.42]
- Illesteva Wilson Sunglasses [RM919.05]
Kaca Mata Oversized
Bukan sahaja melindungi mata malah kaca mata oversized ini boleh melindungi keseluruhan wajah anda. Kaca mata jenis ini akan berikan penampilan yang misteri pada si pemakai.
Kaca mata yang disyorkan:
- DIOR DiorSignature Oversized Square Acetate Sunglasses [RM2173]
Kaca Mata Kucing Yang Retro
Selain daripada solekan cat-eye, kaca mata jenis ini juga dapat melengkapkan gaya anda.
Kaca mata yang disyorkan:
- JACQUES MARIE MAGE Kelly Cat-Eye Acetate Sunglasses [RM2339]
Jadi itulah antara kaca mata yang bakal ‘hit‘ pada tahun 2022. Kalau tak ada salah satu daripadanya, cepat-cepat beli okay?