Bukan mudah nak jaga rambut kerinting. Kalau tersilap teknik dan produk, memang boleh bawa ‘malapetaka’ pada si rambut kerinting.
Nak tahu produk rambut apa yang sesuai untuk si kerinting gunakan? Semak perkongsian di bawah!
OUAI Hair Curl Creme [RM142]
Diformulasikan dengan bahan yang boleh mengkeritingkan rambut dengan lebih terurus dan berkilau, krim ini juga membantu penyerapan ke dalam kulit kepala untuk kelembapan berpanjangan.
Oribe Curl Control Silkening Cream [RM175.50]
Untuk dapatkan rambut keriting yang lebih sihat, produk ini diformula dengan minyak semula jadi yang diekstrak dari aprikot, alpukat dan kelapa. Bahan-bahan ini mengunci kelembapan dan menyuburkan kulit kepala menjadi lebih sihat.
Curlsmith Moisture Memory Reactivator [RM100.28]
Produk ini merupakan leave-in conditioner yang diperbuat dengan ekstrak daripada tumbuhan eksotik yang kaya dengan antioksidan. Bukan itu sahaja, rambut keriting boleh dirawat dengan terurus dan menjadi lembut.
Drunk Elephant Wild Marula Tangle Spray [RM110]
Sesuai untuk individu yang miliki masalah kulit kepala kering, produk Drunk Elephant ini adalah yang terbaik! Diperbuat daripada minyak semula jadi, bebas bahan kimia dan mempunyai tahap pH 4.5.
Briogeo Curl Rice Amino + Avocado Hydrating Shampoo [RM112]
Berfungsi sebagai pembersih semula jadi, syampu ini membersihkan kulit kepala dan rambut daripada minyak serta kotoran yang berlebihan. Formula penapaian tomato pula dapat menutup kutikel untuk keringkan rambut secara konsisten dan bentuk kerinting yang seragam.
Kérastase Curl Manifesto Curl Enhancing Leave-In Cream [RM162.96]
Krim rambut ini bukan sahaja boleh menghilangkan rambut keriting yang tidak terkawal, tetapi juga memberikan perlindungan terhadap kelembapan hingga 80%.
Selamat mencuba!