Tersangatlah seksi!
Pelakon Julia Fox dan kekasihnya, Kanye West telah menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan mereka iaitu Madonna dan Antonio Brown di Los Angeles.
Tapi yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilannya pada malam itu. Julia telah mengenakan sarung tangan, but runcing dan beg Balenciaga Hourglass.
Manakala pakaiannya pula adalah crop top hitam kulit yang berlengan panjang dan seluar kulit hitam yang berpotongan rendah.
Tapi seluar kulitnya ini bukan seperti seluar potongan rendah yang lain. Ini kerana potongannya adalah sangat rendah sehingga menghampiri paras garisan pinggulnya.
Bukan itu sahaja padanan pakaiannya pada malam itu telah menunjukkan bahagian tengah badannya yang cantik. Malah di bahagian belakangnya pula, Julia dapat menunjukkan tatunya iaitu cello.
Pada masa yang sama solekan Julia turut menambah tarikan pada penampilannya di mana dia telah mengenakan eyeliner, smokey eyes dan gincu nude pada bibirnya. Nampak cantik sangat!
Apa pendapat kamu tentang seluar Julia Fox?