Setiap kali musim perayaan, HABIB tidak ketinggalan mereka cipta koleksi barangan kemas edisi terhad untuk masyarakat majmuk di Malaysia.
Untuk Tahun Baru Lunar, apa yang keistimewaan yang ditonjolkan oleh HABIB kali ini? Barangan kemas edisi terhad atau kolaborasi dengan jenama lain? Team kami huraikan di bawah…
Syiling Wafer Emas 999
Keunikan syiling wafer emas 999 telah diinspirasikan daripada harimau, digabungkan dengan warna-warna tuah seperti emas dan mereka.
- Foto – Habib
Bahkan juga, HABIB juga mengeluarkan syiling wafer emas 999 istimewa Disney X HABIB Winnie The Pooh: Edisi Tahun Baru Cina yang menampilkan dua rekaan unik Winnie dan Tigger dari kartun animasi tersebut.
Barangan Kemas Tema ‘Ignite The Spark’
Kali ini, HABIB membawakan tema ‘Ignite The Spark’ dengan menampilkan pelbagai seleksi barangan kemas baharu dengan rekaan unik dan warna-warna yang meriah.
Sinonim dengan perayaan kaum Cina, HABIB tampil dengan rekaan yang diinspirasikan daripada tanglung, diperbuat daripada emas Oro Italia 916 dan didatangkan dalam warna-warna menguntungkan seperti merah, emas, merah jambu dan hijau. Rekaan ini juga dihiasi dengan juraian-juraian sebagai simbol yang membawa tuah dan kemakmuran.
- Foto – Habib
Selain itu, koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api. Ini membawa erti kebahagian dan keberkatan kepada si pemakai menurut kepercayaan kaum Cina. Setiap barangan kemas ini dibuat dengan penuh teliti, bagi menghasilkan percikan bunga api yang sempurna, dihiasi berlian dan batu permata delima.
- Foto – Habib
Semarakkan Tahun Baru Lunar dengan keluarga tersayang bersama HABIB. Info lanjut, boleh rujuk web rasmi mereka.