Tahniah, nampak lain sangat macam supermodel!
Agnez Mo atau sebelum ini dikenali sebagai Agnes Monica telah menjadi perbualan orang ramai terutamanya di Indonesia.
Penyanyi ini telah dipilih untuk menghiasi sebuah majalah fesyen yang popular di Los Angeles iaitu Composure Magazine.
Untuk pengetahuan kamu ini bukan pertama kali Agnez menghiasi muka depan majalah terkenal. Sebelum ini dia juga pernah menghiasi muka depan majalah Pure Dope, Rogue Magazine, Nude dan US Vogue.
Dalam gambar yang diambil oleh Joey Pucino itu, Agnez telah mengenakan jaket puffer, korset, kasut but paras lutut, wrap dress dan gaun.
Penampilannya itu lebih terserlah apabila rambutnya berwarna perang, memang nampak sangat cantik!
“Muka depan kulit ke-32 kamu yang menampilkan @agnezmo yang tiada tandingan telah tiba!
Rangkaian vokal yang memukau dan mengagumkan, beberapa pujian untuk nyanyian dan lakokan, dan kehebatan keusahawanan hanyalah sebahagian daripada empayar Agnez Mo.” – Composure Magazine.