Bermula 17/1/2022 hingga 13/3/2022, galeri seni ZHAN Art|Space akan pamerkan hasil kolaborasi antara pereka fesyen, Kit Woo dan artis, Peisy Ting.
Hasil kolaborasi ini terdiri daripada 10 koleksi yang menampilkan lukisan, pakaian neutral jantina yang dihasilkan daripada cetakan dan karya seni Peisy Ting.
Untuk info kamu, 10 koleksi tersebut akan dipamerkan bersama koleksi Musim Bunga/Panas 2022 milik Kit Woo di Shanghai.
“Untuk Musim Bunga/Panas 2022, saya telah meneroka dua eleman yang bertentangan; menyahbina dan membina semula. Dengan gabungkan kesesuaian pakaian formal dan kasual, saya dapat mempersembahkan kekacauan harmoni lapisan dan elemen bertindih pada cetakan, yang pertama oleh pereka bentuk mencerminkan kerjasama dengan Peisy.” – Kit Woo
Fesyen mashup yang dilakukan ini bertujuan untuk memberi tenaga pada senario seni serta peluang pada penonton untuk hargai seni dan budaya.
“Projek kerjasama ini diperlukan untuk dorong diri saya ke dalam cara berfikir, melihat dan mencipta baru. Dengan mengubah elemen visual daripada kanvas rata kepada bentuk seni 3D (seni boleh pakai) serta mencipta dengan tekstil, kerjasama itu mencabar perspektif saya dalam penciptaan dan juga bagaimana penonton saya mencerminkan karya saya,” kongsi Peisy Ting.
Dalam pada masa yang sama, pengasas ZHAN Art|Space iaitu Desmond Tong berharap kolaborasi ini akan merangsang penyertaan dan penglibatan penonton. Serta dapat menarik lebih banyak artis lain untuk teroka melangkaui zon selesa mereka.