Baju, beg tangan, kasut semua sudah lengkap ke untuk sambutan Tahun Baru Cina nanti?
Kalau belum apa kata kamu cepat-cepat dapatkan koleksi jenama mewah edisi khas ini untuk sambut perayaan tersebut dengan lebih meriah!
DIOR
Diinspirasikan oleh harimau air, Kim Jones dari Dior Homme dan artis Kenny Scharf mengeluarkan koleksi lelaki yang mempunyai sisi yang tenang. Antaranya adalah seluar pendek, kardigan, kemeja, kemeja-t dan sweater yang berwarna putih dan biru.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
GUCCI
Atas usaha untuk melindungi hidupan liar terancam, Gucci telah mendedikasikan koleksi ini dengan hasilkan cardigan, t–shirt, beg tangan yang bercorak gucci dan harimau.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
PRADA
Menerusi pelancaran kempen Action In The Year Of The Tiger, Prada telah menampilkan aktivis Li Yifeng dan Chun Xia dalam siri foto yang dihasilkan dengan kerjasama Liu Song.
Selain kempen fesyen, Prada telah mulakan projek seni yang menjemput pelajar seni untuk cipta karya seni dengan tafsiran mengenai harimau. Hasil akan dipilih dan digunakan dalam kempen lain yang akan datang pada 2022.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang kempen ini, [TEKAN SINI].
VERSACE
Jenama mewah ini mengeluarkan pelbagai variasi merah dalam pakaian lengan pendek, baju sejuk, skirt, beg galas kanvas dan pouch yang diinspirasikan oleh Tahun Baru Lunar.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
MIU MIU
Menghimpunkan dua personali dan gaya berbeza, Miu Miu telah mengeluarkan koleksi yang menampilkan beg Miu Wander pastel, kardigan dan klip rambut.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
SAINT LAURENT
Berdasarkan zodiak harimau tahun ini, jenama Saint Laurent telah mengeluarkan cetakan harimau pada koleksi edisi khasnya. Antaranya adalah cardigan, hoodie, beg tangan dan kasut.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
DOLCE & GABBANA
Koleksi edisi khas ini menampilkan gabungan liar warna yang terang, cetakan harimau dan cetakan haiwan D&G yang unik. Koleksi ini tersedia untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
SALVATORE FERRAGAMO
Menggunakan sinematografi surealis, kempen ‘Tiger In Wonderland’ ini direka oleh Sun Yuan dan Peng Yu yang mencipta reka bentuk cetakan pada Silk Foulard dan beg Ferragamo Studio, beg tangan Trifolio, but Chealse dan kasut Gancini.
Untuk koleksi lengkap, [TEKAN SINI].
Selamat membeli-belah!