“Cantiknya Jisoo.”
Itu kata-kata yang meniti di bibir bila melihat beberapa foto yang dikeluarkan oleh Dior Beauty. Bukan hanya penulis, tapi rasanya semua Blinks serata dunia bersetuju.
Mengenakan suit rona putih suci, rambut diikat pony dan aksesori topi veil hitam mutiara, serta solekan ‘clean’ bikin Jisoo tambah berseri-seri.
Menurut Instagram @diorbeauty, Jisoo berseri-seri kerana memakai Dior Forever Clean Foundation yang baharu untuk mukanya. Katanya, foundation ini adalah alat solek yang mesti dimiliki dan dibawanya ke mana saja.
Dior Forever Clean Foundation
Bedak asas cecair ini bukan sahaja untuk menghiasi kulit sahaja, ia turut menambah baik kecantikannya hari demi hari melalui formula yang diperkaya dengan bahan penjagaan kulit yang dipilih dengan teliti untuk memulihkan complexion kulit.
- Foto – Sephora
Dior Forever Foundation menyediakan kulit dengan kemasan matte baldu dan Dior Forever Skin Glow untuk kemasan yang berseri. Foundation ini juga menawarkan perlindungan SPF25. 42 warna tersedia dalam dua kemasan iaitu matte dan glow.
Anda pun boleh dapatkan foundation ini di Sephora dengan harga RM248.
Jom cantik macam Blackpink Jisoo!