Kendall Jenner, Kaia Gerber, Sara Sampaio dan penyanyi Halsey antara pengguna setia pelembap bibir ini.
Jika anda pernah tertanya-tanya produk apa yang Kendall Jenner gunakan setiap hari sebagai supermodel, kami ada berita baik untuk anda.
Dalam video Vogue British yang baru, Kendall mendedahkan barang-barang yang mesti ada dalam beg tangannya, ada yang aneh, dan macam-macam. Ini termasuk sepasang cermin mata hitam, kamera retro, dan Laneige Lip Sleeping Mask yang katanya membuatkan bibirnya ‘berkilat dan cantik’.
- Foto – Youtube Vogue
Nampaknya banyak model lain telah menyatakan cinta mereka terhadap lip balm Laneige. Kaia Gerber dan Iman menyebut keberkesanan produk itu dalam video Vogue Beauty Secret. Manakala Sara Sampaio turut memaparkan lip balm sebagai item kegemarannya.
Jika ramai supermodel menggunakan produk yang sama, ia mesti bagus!
Lip Mask Semalaman Tapi Boleh Dipakai Sepanjang Hari
Bahan utama dalam Laneige Lip Sleeping Mask ialah asid hyaluronik untuk kelembapan, vitamin C untuk membaiki rekahan, dan antioksidan untuk melicinkan dan melembutkan bibir.
Ia datang dalam balang kecil dengan aplikator yang boleh anda gunakan untuk meletakkan balm secara bersih pada bibir anda. Walaupun produk itu bertujuan untuk menjadi lip mask, anda juga boleh menggunakannya sepanjang hari.
- Foto – Laneige Lip Sleeping Mask
“Produk ini telah memberi lebih banyak manfaat untuk bibir saya yang kering, merekah dan mengelupas dalam satu malam.”
“Ia sangat melembapkan dan memberikan kemasan berkilat pada penampilan bibir. Ia kekal semalaman malah memberikan sedikit kesan gebu pada bibir.”
“Saya menggunakannya sebelum tidur. Bangun tidur, bibir saya bukan sahaja lembap, tetapi sangat lembut.”
Anda boleh mendapatkan Laniege Lip Sleeping Mask di Sephora dengan harga RM75.