Menerusi kerjasama global dengan pakar dari Switzerland, jenama Wardah Beauty telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang baru.
Rangkaian yang diberi nama Wardah Crystal Secret itu telah diformulasikan dengan bahan aktif dan bertekstur selesa sesuai untuk wanita ASEAN.
Ada Bahan ‘Terbaik’ Untuk Kulit Tanpa Cela
Dalam rangkaian Wardah Crystal Secret ini terdapat bahan-bahan yang terbaik untuk kulit. Antaranya adalah 2x ekstrak bunga Edelweiss dan Alpha Arbutin.
Penggunaan ekstrak bunga Edelweiss dalam rangkaian ini memberi banyak manfaat pada kulit seperti;
- Mencerahkan kulit secara menyeluruh di setiap lapisan kulit.
- Menghalang radiasi Ultraviolet (UV) yang tinggi pada kulit.
- Menyamarkan noda-noda hitam di wajah.
- Meningkatkan fungsi perlindungan kulit untuk berseri dari dalam.
- Melindungdi dan menyempurnakan tona kulit.
Manakala penggunaan Alpha Arbutin pula memberi kelebihan pada kulit seperti:
- Berkesan dalam menyamarkan noda hitam di wajah
- Memberikan dan menyeimbangkan tona kulit yang sekata
- Mencerahkan kulit tanpa sebarang iritasi
- Mengurangkan hiperpigmentasi
- Memudarkan parut jerawat
Untuk rangkaian ini Wardah Crystal Secret sesuai digunakan pada wanita yang berusia 20 tahun ke atas. Selain itu, rangkaian ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Rangkaian Wardah Crsytal Secret boleh didapati di Shopee Wardah Official Store, Watsons dan Guardian dengan harga yang bermula pada RM 8.68 sehingga RM 37.